1. Makan makanan atau buah-buahan yang masam, yang tinggi kandungan asidnya seperti epal hijau secara berlebihan boleh menyebabkan penyakit lupa. Pendapat Imam al-Zuhri.
2. Memakan bawang besar, terutama yang mentah secara berlebihan juga boleh menyebabkan lupa.
3. Ketagihan candu, dadah, rokok, tembakau dsb boleh merosakkan otak.
4. Makan terlalu kenyang menyebabkan malas dan menggelapkan akal (malas berfikir).
5. Makan organ dalaman binatang spt hati, perut, jantung, limpa dll secara berlebihan akan menjadikan otak mudah lupa.
6. Memakan makanan sisa haiwan perosak spt lalat, semut, lipas & tikus juga boleh menyebabkan lupa. Ini menurut Imam al-Zuhri.
7. Kerap memakan makanan yang dimasak dan dijual di pasar yang sibuk dan kotor juga boleh mempengaruhi perkembangan otak.
8. Banyak memakan makanan ringan yg tinggi kandungan bahan perasa spt Monosodium Glutamate (MSG) dan bahan pengawet tidak baik utk otak.
9. Minuman bergas tidak baik untuk kesihatan.
10. Sering makan kepala ikan boleh menyebabkan lupa kerana kepala ikan terutama otak dan bahagian pipinya (insang) mengandungi asid yang tinggi.
11. Memakan makanan atau minuman sisa orang lain atau sisa binatang tidak baik untuk otak.
12. Memakan makanan basi atau hampir basi tidak baik untuk kesihatan.
13. Makan atau minum dari sumber yang haram akan membutakan hati daripada menerima kebenaran.
( Petikan Buku Rahsia Minda Hebat )
No comments:
Post a Comment