Sesiapa yang ingin meninggalkan dunia dengan selamat, hendaklah dia mengamalkan 10 perkara berikut :
1. Hak diri - mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan bercakap dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.
2. Hak malaikat maut - mengqadakan kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan daripada orang yang dizalimi, membuat persediaan untuk mati dan rasa cinta kepada Allah.
3. Hak Kubur - membuang tabiat suka menabur fitnah & membuang airn kecil merata-rata, memperbanyakkan solat tahajud dan membantu orang yang dizalimi.
4. Hak Munkar Nankir - tidak berdusta, meninggalkan maksiat & nasihat-menasihati.
5. Hak mizan - menahan marah, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan, sanggup menanggung kesulitan.
6. Hak sirat - membuang tabiat suka mengumpat, warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.
7. Hak Malik - banyak menangis kerana takutkan azab Allah, berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapa, bersyukur dengan nikmat Allah dan bertaubat daripada maksiat.
8. Hak Ridhwan - reda dengan qada Allah, sabar terima bala, syukuri nikmat Allah dan bertaubat daripada maksiat.
9. Hak Rasulullah SAW - berselawat ke atasnya, berpegang dengan syariat, bergantung dengan sunah, menyayangi sahabat dan bersaing mencari kelebihan Allah.
10. Hak Kepada ALLAH - mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia daripada kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci maksiat.
No comments:
Post a Comment