1. Surf internet mengenaik tempat2 menarik di kawasan destinasi pelancongan anda. Print dan simpan maklumat. Contohnya tiket bayaran dan alamat.
2. Jangan lupa sewa pengangkutan (van atau kereta). Sesuai untuk pelancong dr semenanjung yang nak bercuti di borneo (sabah sarawak) atau sebaliknya. Deal awal2. Survey harga kat internet, buat perbandingan.
3. Jangan lupa booking hotel atau homestay. Kalau ramai, lebih baik menginap di homestay. Cari homestay yang tak jauh dari tempat melancong yag telah dipilih. Kalau anda Muslim, carilah homestay khas untuk Muslim jer. Bandingkan harga homestay dan kemudahan yang disediakan.
4. Anggaran bajet. Untuk makan, tiket masuk, souvenir, shopping dsbnya. Tunai. Elak guna kad kredit. Jgn lupa bajet kecemasan jugak.
5. Buat jadual. Hari pertama nak melawat apa. Hari kedua apa pulak aktiviti. Print waktu solat, jangan lupa.
6. Oh ye, booking flight awal. Harga lebih murah. Booking saat akhir garga melambung2 tingginya. Kalau ada promosi harga, booking masa tu.
7. Sebelum bergerak, pastikan dokumen/barangan penting dibawa bersama. Boarding Pass, duit secukupnya, IC wajib, kamera, handphone, charger.
8. Bawak baju secukupnya. Cari yang tak payah iron. Ubat pun kena bawak. Minyak gamat ke, minyak angin ke...cari yg mudah dibawa.
9. On time. Jangan terlewat! (kalau naik flight)
10. Tinggalkan segala masalah. Bercuti hilangkan stress kerja dsb.
Selamat Bercuti :)